Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Baerhati-hati kalau nak makan kangkung


Dari emel:

ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG?

Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda when you want to eat kangkung.

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.

Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea , malam tersebut anak  itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil. Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.

Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia. setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.

Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.

Best Regards,
Dr. Nor ni Abdullah,
Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
42500 Klang,
Selangor.
Tel :  +60333756279  +60333756279
Fax : +60333729089

p/s: tak tahulah betul ke tak, ni pun dapat dari emel.saya tak ada edit pun,buat buat faham je.
Sambung baca >>>

Kucing mati


Cerita kucing mati yang pertama.
Hari tu(dah lama dah) saya ngan Nana pergi kedai Cik Ana.
Dalam perjalanan balik saya lalu dekat tepi pondok rela yang dah di robohkan.
Tiba tiba saya ternampak kucing mati.
Memanglah dah biasa tengok kucing mati kan.
Tapi kali ni kucing tu mati agak dah lama kut sebab bulu dia semuanya tertanggal.
Kucing tu mati mungkin kena tindih ngan pondok rela tu sebab dia mati bawah tu.
Ni pula cerita kucing mati yang kedua.
Pada suatu pagi masa saya tengah tunggu bas saya pun main ngan seekor anak kucing ni tau.
Masa tu saya,Ika,Maisara dan Maizurah je yang main ngan kucing tu.
Masa saya main ngan kucing tiba tiba bas sampai.
Semasa saya naik bas saya rasa ada benda yang pelik akan berlaku pada kucing tu.
Saya rasa mungkin hanya perasaan saya je kut.
Masa saya balik sekolah sewaktu saya nak naik tangga saya nampak kucing tu tau.
Masa tu saya rasa dia tengah tidur tapi mata terbuka.
Saya pun rasa pelik lah sebab tak pernah tengok kucing tidur mata terbuka.
Pastu saya nak usik kucing tu tau.(saya ni memang suka sangat kacau kucing tengah tidur tau).
Saya pun mulakan lah projek nak kacau kucing tu tengah tidur.
Lepas saya usik kucing tu tak gerak pastu saya pun terfikir takkan lah kucing tu tidur mati kut.
Saya tak puas hati lagi sampai kan saya kacau kacau kucing tu sampai saya penat baru saya dapat rasa yang dia dah mati.
Saya rasa sedih sebab baru je saya main dengan kucing tu tapi dia dah mati.
Saya rasa kucing tu mati sebab orang campak dia daripada atas kut.
Sejak saya duduk kat sini banyak kali saya dengar kucing mati.
Masa kat rumah lama jarang betul saya dengar kucing mati yang mati pun sebab sakit macam toni.
Waktu baru pindah pun saya ada dengar Ustaz Abu cakap ada anak kucing warna putih mati.
Masa tu saya lepas kan anak kucing saya yang saya bela dari rumah lama lagi.
Sampai sekarang saya tak jumpa jumpa lagi di mana anak kucing saya.
Saya harap mereka semua tak mati lagi.
Sampai sekarang saya masih ingat nama mereka yang warna oren ialah Oren bin Singa,warna putih pula Putih bin Comot sebab masa tu saya gelarkan dia comot dan akhir sekali ialah Hitam bin Comel yang paling saya sayang ialah hitam sebab dia comel.
Sambung baca >>>

Intervensi 2


Kenapa darjah 6 ada exam yang mengejutkan?
Tadi kat sekolah cikgu ada cakap esok ada exam intervensi 2.
Saya sekelas pun terkejut.
Kenapa terkejut cuba teka?hehehe
Sebab cikgu kata exam minggu depan.
Kitaorang pun belum sedia apa apa lagi.
Tapi cikgu cakap soalannya macam intervensi 1 nasib baik saya masih simpan
lagi kertas tahun lepas punya kalau tidak tak tau lah apa saya nak jawab nanti.
Sambung baca >>>

Berita sedih


Petang tadi ada orang meniggal kat surau.
Saya ngan bebudak kecik tu pergi lah tengok sekali.
Pastu ayong pergi masuk dalam ternampak muka dia.
Pastu dia pun keluar bagitahu kita orang macam mana muka orang yang meniggal tu.
Kitaorang pun dengar lah cerita si ayong ni.
Dia kata dia ternampak kepala orang tu pecah pastu mata dia terkeluar.
Rasa dah habis cerita happy tree friends dah ni.
Orang yang meniggal tu baru nak masuk 13 tahun pula tu.
Dia adalah anak kawan Ustaz Abu.
Mulanya dia ni sebenarnya tengah bergurau ngan kawan dia kat tepi trafik light dalam kem.
Pastu kawan dia tolak dia sampai jatuh ke jalan raya.
Tiba tiba ada satu trak askar lalu.
Masa tu dia tak sempat nak bangun tayar trak tu dah terkena dia.
Mulanya pemandu trak tu tak perasan apa apa pun sebab trak kan tinggi.
Dia perasan sebab ada orang kejar dia.
Pastu pemandu tu punya minta maaf kat mak budak tu sebab dia dah ambil nyawa anaknya.
Tapi itu bukan salah dia pun.
Dah nak buat cam mana Allah yang tentu kan segalanya.
Sebelum dia meninggal dia selalu je senyum dekat orang yang dia kenali.
Yang paling sedih ialah mayat dia sentiasa senyum.Nasib baiklah budak tu meninggal waktu dia seorang yang baik dan tak tinggal sembahyang.
Semoga roh mangsa aman bahagia di syurga.
Berita yang sangat sedih buat saya sampai nak tulis ni pun saya menangis sebab kesian kat mak dia.
Sambung baca >>>

Template baru


Hai semua.
Cantik tak blog saya?
Hari ni saya tukar template untuk blog ni.
Walaupun saya suka warna hitam putih, tapi template yang dulu tak ada gambar kucing.
Jadi saya cari template yang baru.
Saya tak suka warna biru tapi template ni cantik dan ada kucing.
Selamat datang ke blog saya.
Sambung baca >>>

Baby Baru


Yeah yeah saya sudah ada anak buah.
Kakak sulung saya yang kahwin hari tu dah selamat lahirkan anak lelaki.
Saya sangat gembira kerana saya nak sangat anak buah lelaki.
Sekarang saya sudah menjadi Ashu yang gem bak kata kakak saya.
Saya tak sabar tunggu kakak dan anak dia balik rumah sebab saya nak main dengan baby baru.
Nanti saya nak buli anak kakak kerana emak ngan ayah dia suka buli saya.
Inilah gambar kakak saya dan suaminya yang suka buli tu, ni masa diaorang kahwin.

Sambung baca >>>

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Selamat Hari AidilAdha semua.
Best tak AidilAdha kali ni?Saya pula tak best sebab tak dapat tengok lembu kena "sembeleh". Betul ke saya eja sembeleh =)
Tadi saya rembat nasi ngan rendang mak bukan rendang tok ye.
Pastu saya rembat laksa sampai tulang pun tersekat kat tekak sampai sekarang tak boleh keluar.
Kakcik: Tu lah siapa suruh makan banyak laksa tadi.
Baby: Ustaz Abu yang suruh makan banyak jadi salahkan Ustaz Abu.
Baby: Mari kita kerjakan Ustaz Abu beramai ramai dush sana dush sini tu bunyi Ustaz Abu kena pukul.hahahaha.
Sambung baca >>>

Template baru


Hai saja je tukar template baru sebab template lama tu membosankan.
Saja je pilih yang biasa sebab saya ni tak suka sangat nak menghias blog macam budak kakcik tu.
Hahahahahahahahahahahahaha.=)
Dahlah blog cam budak kecik yang suka ikut mak ngan ayah dorang gi pasar malam.
Kakcik sorry tau sebab kutuk kakcik dalam blog.
Blog kakak pun cam budak kecik sebab ada gambar kartun animasi.
Hahahaha seronoknya dapat kutuk orang dalam blog.
Sambung baca >>>

Hai


Sorrylah dah lama tak update blog sebab saya ni memang malas nak update blog :)
Sambung baca >>>

Birthdayku..............


Hari jumaat yang lalu (28 Ogos 2009).
Hari itu adalah hari lahir ku yang ke 11.
Sekarang umur saya sudah 11 tahun.
Hari itu saya mendapat hadiah yang sangat banyak daripada ahli keluarga saya.
Emak saya memberi keychain kangaru,botl air,baju t-shirt dan lain lain.
Kakak dan Abang Cat memberi perfume,selipar roxy,beg roxy dan lain lain.
Ustaz Abu dan Kakak Elina memberi jam loceng dan frame gambar.
Kakcik pula memberi Teddy Bear dan Pemadam macam pen.
Itu sajalah sebab saya nak tidur sebelum Ustaz Abu membebel lagi.
Sambung baca >>>

Saya Mempunyai Lagi Satu Blog


Hai semua saya sudah selesai sembahyang.
Oh baru saya teringat nak bagi tahu awak semua yang saya mempunyai lagi satu blog iaitu http://gedunglirik.blogspot.com/ yang hanya ada lirik sahaja.
Saya mendapat idea tersebut kerana saya suka menulis lirik lagu.
Blog tersebut kakak saya nak tolong buatkan.
Blog ini pula kakcik saya yang buatkan.
Itu sajalah cerita saya kerana saya nak pergi ulang kaji sebab esok saya ada ujian sains.
Sambung baca >>>

Melawat ke Taman Burung


Pada tarikh 10 Jun yang lalu, saya pergi ke Taman Burung bersama keluarga saya.
Yang pergi adalah saya, Mak, Ustaz Abu,Kakak dan Kakcik.
Tujuan saya pergi ke sana kerana saya teringin hendak melihat burung hantu dan burung helang.
Saya sangat suka pada burung hantu dengan burung helang.
Pastu saya pergi tengok Bird show di sana.
Saya sebenarnya teringin nak tengok burung helang merah tetapi tidak ada.
Itu sajalah cerita saya hari ini sebab saya dah mengantuk.
Sambung baca >>>

25 May 2009


Saya akan menghadapi PKSR 1 pada minggu depan.
Saya harap saya akan berjaya.
Saya takut sangat apabila peperiksaan tersebut akan datang minggu depan.
Saya sebenarnya tak bersedia lagi sebab tu saya takut.
Tapi saya akan berusaha bersungguh-sungguh.
Doakan saya tau.
Sekarang saya kena tidur sebab esok saya sekolah pagi.
Kakcik saya dah nak ketuk kepala saya kalau saya tak tidur.
Dia garang dan dia ugut nak beritahu abang saya yang nama Ustaz Abu yang saya belum tidur.
Ustaz Abu lagi garang.
Kalau dia tahu saya belum tidur mesti dia datang dan belasah saya.
Okeylah, saya nak tidur sekarang, kakcik ada kat sini pula, nanti dia pukul saya.
Selamat malam.
Sambung baca >>>

Kakak saya akan pulang


Kakak saya akan pulang ke Malaysia 28 May ni dari Australia.
Saya tak sabar nak tunggu kakak saya balik.
Sebab saya nak tengok apa yang dia bawa balik untuk saya.
Saya rindu kakak saya yang disana.
Sambung baca >>>

Majlis Perkahwinan Kakak Saya


Ini bunga telur berwarna hijau klasik dan putih yang diberikan kepada tetamu khas dari pihak pengantin lelaki pada majlis perkahwinan kakak saya. Cantik kan? Majlis ni diadakan pada hari Sabtu yang lepas, 28 Mac 2009 di perkarangan Surau at-Taufiqiah, Blok D, Pangsapuri Permai.


Ini gambar kakak saya masa baru lepas dimekapkan oleh mak andam. Kakak saya cantik kan? Ayat bodek je ni. Kalau tak, nanti kakak saya tak belanja McD pulak. Hahahaha.


Kalau nak tau, ni la gambar kakak saya dengan suaminya yang saya panggil Abang Cat. Abang Cat ni kan suka sangat menyakat saya. Dah takde kerja lain agaknya. Hehehehe. Tapi, dia baik tau (ayat bodek ni.. hehe), dia sukakan kucing, sama macam nama dia la. Heheh. Jangan marah eh Abang Cat?

Ni la bunga ros segar yang kakak saya pegang masa kenduri di pihak lelaki pada hari Ahad, 29 Mac 2009. Nampak tak cincin di celah bunga ros tu? Itu la cincin tunang kakak saya. Abang Cat yang belikan tau. Lawa kan cincin ni? Nanti birthday saya, nak suruh Abang Cat belikan cincin macam ni jugak la. Hahahaha. Saya gurau je la. Saya nak suruh Abang Cat belikan handphone canggih yang digilai ramai, iaitu iPhone keluaran Apple Inc.

Itu je saya nak laporkan mengenai majlis perkahwinan kakak saya. Agaknya, bila pulak giliran saya nak kahwin ye? Hahahahaha. Ni kakak saya yang tulis. Jahat betul la dia ni. Saya sekolah lagi la, lammmmbbbaaaatttt lagi saya nak kahwin. Lagipun Tony si kucing kacak kekasih saya tu kan dah lama mati. Tunggu la saya jumpa boyfriend kucing yang baru ye? Hahahahahaha. Tata~
Sambung baca >>>

Kakak Saya Nikah




Sambung baca >>>

Orang Baik

 

A Cat Lover