Showing posts with label suka suki. Show all posts
Showing posts with label suka suki. Show all posts

Balasan Sebab Tak Nak Dengar Cakap


Ni sebab tak nak dengar cakap kakcik ngan bajim.
Kakcik ngan bajim suruh saya mandi tapi saya degil nak tengok tv.
Sambil tengok tv saya pun layan lah satu cawan air sejuk.
Pastu cawan tu pecah terkena kaki saya sampai darah keluar tak terhenti.
Dahlah saya minum guna cawan anlene saya yang saya sayang.
Dahlah tengah sakit pastu kehilangan barang kesayangan pula tu :( huhuhu.
Lepas tu saya terus pergi mandi sebab diaorang semua dah membebel.
Sambung baca >>>

Paranormal Activity


Hari tu (dah lama dah berlalu) saya ngan kakcik tengok cerita paranormal activity.
Best cerita tu tapi ianya menakutkan sampai nak tengok pun terpaksa tutup mata.
Bukan setakat tu je saya pun terpaksa tutup telinga.
Tapi kakcik berani je tengok cerita tu.
Cerita tu kitaorang tengok kat laptop bajim.
Ustaz Abu yang download dari luar negara.
Sambung baca >>>

Beg Beg Beg


Hai kawan kawan hari saya ada satu benda nak tunjuk iaitu beg tangan yang saya reka.
Saya reka untuk kakcik satu untuk saya satu.
Saya reka untuk saya warna hitam putih kerana itu warna kegemaran saya.
Untuk kakcik pula warna pink sepenuhnya kerana itu warna kegemaran dia.
Saya reka di (http://hotgamesforgirls.com/) yang banyak games untuk budak perempuan.
Kalau sapa sapa rasa dia perempuan silalah main games disitu.
Kalau sapa sapa rasa dia lelaki janganlah main games disitu sebab nanti dia akan jadi nanti dia jadi noq atau pondan.hahahahaha.
Nak tengok tak beg beg tu?


Inilah beg saya cantik tak?



Ini pula untuk kakcik cantik tak?

Mana satu paling cantik?
Sambung baca >>>

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Selamat Hari AidilAdha semua.
Best tak AidilAdha kali ni?Saya pula tak best sebab tak dapat tengok lembu kena "sembeleh". Betul ke saya eja sembeleh =)
Tadi saya rembat nasi ngan rendang mak bukan rendang tok ye.
Pastu saya rembat laksa sampai tulang pun tersekat kat tekak sampai sekarang tak boleh keluar.
Kakcik: Tu lah siapa suruh makan banyak laksa tadi.
Baby: Ustaz Abu yang suruh makan banyak jadi salahkan Ustaz Abu.
Baby: Mari kita kerjakan Ustaz Abu beramai ramai dush sana dush sini tu bunyi Ustaz Abu kena pukul.hahahaha.
Sambung baca >>>

Arhgg kenapa tak ngantuk lagi ni.


Kenapa hari ni saya tak mengantuk awal sebab biasanya pukul 123 pagi dah rasa ngantuk mungkin sekarang pukul 4 pagi kut sebab saya ni memang susah nak lelap mata kalau dah lepas pukul 4.
Kalau tak ada kerja apa lagi guna internet sampai pukul 67 pagi sampai kena marah ngan mak.
Nak buat macam mana dah tak boleh tidur guna internet saja lah.
Itu sajalah daripada saya sebab saya dah malas nak update blog.
Bye bye.Tata tete titi toto tutu.
Sambung baca >>>

Pulang ke kampung


Sabtu minggu lepas saya balik ke kampung di Terong,Taiping,Perak.
Saya balik kampung sebab sepupu saya kahwin.
Best sangat balik kampung sebab dah lama tak balik kampung.
Masa raya hari tu tak boleh balik sebab ayah sakit.
Tapi hari tu kitaorang balik sebab kesian dekat Mak Tam.
Itu sajalah daripada saya sebab saya nak tulis benda lain.
Sambung baca >>>

Hai


Sorrylah dah lama tak update blog sebab saya ni memang malas nak update blog :)
Sambung baca >>>

Birthdayku..............


Hari jumaat yang lalu (28 Ogos 2009).
Hari itu adalah hari lahir ku yang ke 11.
Sekarang umur saya sudah 11 tahun.
Hari itu saya mendapat hadiah yang sangat banyak daripada ahli keluarga saya.
Emak saya memberi keychain kangaru,botl air,baju t-shirt dan lain lain.
Kakak dan Abang Cat memberi perfume,selipar roxy,beg roxy dan lain lain.
Ustaz Abu dan Kakak Elina memberi jam loceng dan frame gambar.
Kakcik pula memberi Teddy Bear dan Pemadam macam pen.
Itu sajalah sebab saya nak tidur sebelum Ustaz Abu membebel lagi.
Sambung baca >>>

Pergi berkhemah di Ulu Yam


Pada tarikh 10-12 Julai sekolah saya mengadakan perkhemahan luaran di Ulu Yam.
Saya pun pergi juga.
Bayaran dikenakan sebanyak Empat puluh ringgit.
Saya sungguh gembira apabila berada di sana kerana disana udara sungguh nyaman.
Disana banyak aktiviti yang menarik seperti River tracking,Jungle tracking,Malam budaya dan sebagainya.
Kami dilarang membawa telepon bimbit dan juga kamera.
Sebab itu saya tidak mempunyai gambar sebagai kenangan.
Dahlah tu sampai disini saja kerana saya nak pergi sembahyang ni bye bye.
Sambung baca >>>

Melawat ke Taman Burung


Pada tarikh 10 Jun yang lalu, saya pergi ke Taman Burung bersama keluarga saya.
Yang pergi adalah saya, Mak, Ustaz Abu,Kakak dan Kakcik.
Tujuan saya pergi ke sana kerana saya teringin hendak melihat burung hantu dan burung helang.
Saya sangat suka pada burung hantu dengan burung helang.
Pastu saya pergi tengok Bird show di sana.
Saya sebenarnya teringin nak tengok burung helang merah tetapi tidak ada.
Itu sajalah cerita saya hari ini sebab saya dah mengantuk.
Sambung baca >>>

25 May 2009


Saya akan menghadapi PKSR 1 pada minggu depan.
Saya harap saya akan berjaya.
Saya takut sangat apabila peperiksaan tersebut akan datang minggu depan.
Saya sebenarnya tak bersedia lagi sebab tu saya takut.
Tapi saya akan berusaha bersungguh-sungguh.
Doakan saya tau.
Sekarang saya kena tidur sebab esok saya sekolah pagi.
Kakcik saya dah nak ketuk kepala saya kalau saya tak tidur.
Dia garang dan dia ugut nak beritahu abang saya yang nama Ustaz Abu yang saya belum tidur.
Ustaz Abu lagi garang.
Kalau dia tahu saya belum tidur mesti dia datang dan belasah saya.
Okeylah, saya nak tidur sekarang, kakcik ada kat sini pula, nanti dia pukul saya.
Selamat malam.
Sambung baca >>>

Hai


Hai semua.
Saya dah lama tak tulis blog, saya terlupa password lah.
Nasib baik kakcik saya ingat.
Nanti saya tulis lagi.
Selamat malam!
Sambung baca >>>

Hari Ni


Hari ni kat sekolah saya ada tayangan cerita ZOOM.
Lepas balik sekolah saya main game dalam laptop kakcik.
Saya dapat mainan baru iaitu main karen kat laptop.
Tadi kakak saya kasi tiga biji coklat.
Sambung baca >>>

Toni Kucing Saya



Ni gambar toni masa dia mati ustaz abu yang pegang.
Toni kucing kesayangan saya tapi dia dah mati kat rumah lama.
Saya sangat sedih tau.
Dia mati sebab dia sakit kerana bergaduh dengan kucing jahat yang nak makan anak dia.
Kucing jahat tu gigit dekat bawah telinga dia lepas tu bawah telinga dia berlubang teruk sampai ada ulat.
Beberapa hari kemudian penyakit dia makin teruk sampailah dia mati.
Saya sekeluarga menangis sebab dia dah lama dengan kami semua.
Sekarang saya tak bela kucing dah bila pindah rumah baru.
Sambung baca >>>

Orang Baik

 

A Cat Lover