Template baru


Hai semua.
Cantik tak blog saya?
Hari ni saya tukar template untuk blog ni.
Walaupun saya suka warna hitam putih, tapi template yang dulu tak ada gambar kucing.
Jadi saya cari template yang baru.
Saya tak suka warna biru tapi template ni cantik dan ada kucing.
Selamat datang ke blog saya.
Sambung baca >>>

Kakcik delete blog


Hari ini saya sedih.
Saya baru dapat tahu kakcik saya delete blog dia.
Tapi saya tak buang link blog kakcik dekat Cinta Hati.
Kakcik, nanti kakcik datanglah blog baby.
Kenapa kakcik delete blog?
Nanti baby nak main komen komen ngan siapa?
Sambung baca >>>

Kenapa perempuan suka merajuk?


Kawan kawan saya suka sangat bergaduh sebab nak berebut barang saya.
Kalau saya bagi dekat sorang lagi sorang merajuk pula sikit sikit nak merajuk dah lah ambil barang saya pastu saya kasi orang lain dia nak merajuk.
Sebab tu kawan kawan saya suka sangat bergaduh pastu saya pula yang kena pujuk.
Pening gila lah nak pujuk seorang demi seorang.
Yang paling suka merajuk ialah Nana pastu dia kata saya suka lebih lebihkan Isya.
Bukan setakat tu je bila merajuk balik rumah pastu nak nangis nangis.
Pastu lagi duaorang pula si Ami ngan Amisha.
Diaorang adik beradik yang suka sangat berebut barang saya kalau saya tak kasi sikit nak mengadu kat ashu diorang.
Ami jarang juga lah merajuk sebab amisha tu semua benda dia nak.
Hari tu saya ngan Nana terasa lapar sangat kami pun pergilah beli nasi lemak panas kat bawah pastu kitaorang makan berdua tiba tiba dia datang pastu dia nak.
Kitaorang dah lah tengah lapar pastu saya pun marah lah dia pastu dia nak pergi bagitahu ashu dia yang perangai macam perempuan sebab suka membebel.
Pastu ashu diaorang pun membebel sampai nak pecah telinga saya walaupun saya tak salah.
Pastu kat sekolah pun sama bila saya usik budak sorang ni terus merajuk.
Dia punya merajuk kalah budak budak kecil merajuk pastu dia juga bergaduh ngan saya selama sebulan lama gak tu kot.
Itu sajalah cerita dari saya sebab kakcik nak guna.
Sambung baca >>>

Artis kegemaran saya.


Hari ni sebenar tak mood nak update tapi disebabkan nasyran dah balik terus ada mood nak update.
Mulanya tak tahu nak update apa tiba tiba terdapat satu idea nak update gambar artis kegemaran saya.
Artis kegemaran saya yang pertama ialah 4 minutes.
Nak tengok tak gambar diaorang?
Mesti semua orang nak tengokkan.

Inilah dia yang saya katakan tadi.
Mereka adalah artis korea selatan.
Saya suka mereka semua.

Artis kegemaran saya yang kedua ialah Wonder Girls.
Nak tengok tak gambar diaorang?
Mesti semua nak tengokkan.
Dari kiri Ye Eun,Sun Mi,Sun Ye,So Hee dan Yoo Bin.

Dari kiri Ye Eun,Yoo Bin,Sun Mi,Sun Ye dan So Hee.
Mereka pun artis korea selatan.
Yang paling saya suka dalam kumpulan ini ialah So Hee.
Yang Ustaz Abu suka pula ialah Yoo Bin.

Ini adalah gambar So Hee yang saya google.
Comel kan dia ni sebab di dalam lagu So Hot dia dikatakan So Cute.

Ini pula ialah gambar Sun Mi yang saya google juga.

Cantik kan dia ni sebab di dalam lagu So Hot dia dikatakan So Pretty.

Ini pula gambar Ye Eun yang saya google juga.

Dia ini suka menawan hati orang ramai sebab di dalam lagu So Hot dia dikatakan So Charm.

Ini pula gambar Sun Ye yang saya google juga.

Dia ini seorang yang cool sebab di dalam lagu So Hot dia dikatakan So Cool

Dan terakhir sekali ialah gambar Yoo Bin yang saya google juga.

Dia ini seorang yang seksi sebab di dalam lagu So Hot dia dikatakan So Sexy.
Dia pun cantik patutlah Ustaz Abu suka kat dia.hahaha.
Itu sajalah sajalah daripada saya sebab saya dah penat dah menulis.
Sebenarnya saya nak tulis banyak benda tapi kita tunggu esok jelah tau.
Antara mereka berlima mana satu lagi cantik?
Sambung baca >>>

Orang Baik

 

A Cat Lover