Kawan kawan saya suka sangat bergaduh sebab nak berebut barang saya.
Kalau saya bagi dekat sorang lagi sorang merajuk pula sikit sikit nak merajuk dah lah ambil barang saya pastu saya kasi orang lain dia nak merajuk.
Sebab tu kawan kawan saya suka sangat bergaduh pastu saya pula yang kena pujuk.
Pening gila lah nak pujuk seorang demi seorang.
Yang paling suka merajuk ialah Nana pastu dia kata saya suka lebih lebihkan Isya.
Bukan setakat tu je bila merajuk balik rumah pastu nak nangis nangis.
Pastu lagi duaorang pula si Ami ngan Amisha.
Diaorang adik beradik yang suka sangat berebut barang saya kalau saya tak kasi sikit nak mengadu kat ashu diorang.
Ami jarang juga lah merajuk sebab amisha tu semua benda dia nak.
Hari tu saya ngan Nana terasa lapar sangat kami pun pergilah beli nasi lemak panas kat bawah pastu kitaorang makan berdua tiba tiba dia datang pastu dia nak.
Kitaorang dah lah tengah lapar pastu saya pun marah lah dia pastu dia nak pergi bagitahu ashu dia yang perangai macam perempuan sebab suka membebel.
Pastu ashu diaorang pun membebel sampai nak pecah telinga saya walaupun saya tak salah.
Pastu kat sekolah pun sama bila saya usik budak sorang ni terus merajuk.
Dia punya merajuk kalah budak budak kecil merajuk pastu dia juga bergaduh ngan saya selama sebulan lama gak tu kot.
Itu sajalah cerita dari saya sebab kakcik nak guna.
Sambung baca >>>